Ciri-ciri Lynx (pelayar web)

Lynx dan Firefox menampilkan halaman web yang sama

.

Pelayaran sesawang dengan Lynx dilakukan dengan menanda pautan yang dipilih dengan menggunakan kekunci kursor, ataupun dengan menomborkan kesemua pautan halaman dan memasukkan nombor pautan yang dipilih.[16] Versi yang terdapat pada masa kini menyokong SSL[2] dan banyak ciri HTML. Rajah diformat dengan menggunakan ruang, sementara kerangka dikenal pasti dengan kata dan dapat dijelajah seolah-olah kerangak itu halaman tercerai.

Lynx tidak dapat memaparkan kandungan bukan teks seperti imej dan video dengan sendirinya,[1] tetapi ia boleh melancarkan program luaran, seperti alat lihat imej dan pemain video, yang mampu mengendalikan kandungan tersebut.[16]

Berlainan dengan pelayar web lain, Lynx tidak menyokong JavaScript dan Adobe Flash, yang diperlukan untuk paparan sesetengah laman web.[17]

Kelajuan pelayaran dengan menggunakan teks dapat dirasai apabila mengguna sambungan internet jalur rendah ataupun alat komputer yang sudah tua.

Ketercapaian

Pengguna kurang upaya penglihatan

Oleh sebab antara muka bagi paparan Braille dan teks-kepada-pertuturannya yang mesra pengguna, Lynx boleh digunakan bagi pencapaian Internet oleh pengguna kurang upaya penglihatan.[18][6][12] Oleh sebab Lynx mengganti imej, kerangka dan kandungan bukan tekstual lain dengan teks daripada atribut-atribut HTML seperti alt, name dan title[19] dan membolehkan penyorokan unsur-unsur antara muka pengguna[20], Lynx amat sesuai secara khususnya bagi digunakan sebagai perisian pembaca skrin am yang berkesan kos .[21][22][23]

Privasi

Oleh sebab Lynx tidak menyokong fail grafik, pepijat sesawang yang menjejak maklumat pengguna tidak dapat bertapak; justeru, laman web dapat dibaca tanga kerisauan yang mengiringi pelayar web grafik.[5] Namun Lynx menyokong kuki HTTP,[1] yang juga dapat dih=gunakan bagi menjejak maklumat pengguna. Walau bagaimanapun, Lynx menyokong penyenaraian putih dan penyenaraian hitam, atau sebaliknya sokongan kuki boleh dilumpuhkan sama sekali.[16]

Selari dengan itu, Lynx juga menyokong sejarah pelyaran dan pengagregatan halaman,[24] yang boleh menimbulkan masalah privasi.[25]

Berkaitan